
Pelamin dan hantaran adalah menjadi satu kemestian didalam perkahwinan Melayu hari ini. Pelbagai bentuk dan gubahan diolah supaya nampak berseri, semasa majlis perkahwinan berlangsung. Ada yang dibuat sendiri oleh ahli keluarga, dan ada juga yang ditempah siap.

Adalah tidak lengkap jika tiada semua itu. Apa nak buat dan menjadi tradisi hari ini. Tak kan nak sandingkan pengantin hanya di meja makan sahaja. Tak mungkin nak bawa hantaran cuma diisi dalam beg plastik Tesco atau guni gula pulak.
Masing-masing punya cita rasa sendiri. Apa yang penting majlis nampak berseri. Pengantin dapat mengabadikan kenangan untuk tatapan anak cucu. Maklumlah raja sehari la katakan.



0 comments:
Post a Comment